KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Merdeka dalam program Iftar@KL pada hujung minggu terakhir Ramadan ini, sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Siti Nor Aliya Ahmad Muhri, 30, berkata dia ingin menikmati pelbagai hidangan yang dijual pada program itu, kemudian akan bertolak balik ke kampung di Pulau Pinang tengah malam ini.
"Sebelum menempuh aliran trafik yang mungkin agak sesak ketika ini, saya singgahlah di Iftar@KL, makanan di sini pun sedap, tak pernah mengecewakan," kata kerani sebuah syarikat swasta itu ketika ditemui Bernama.
Seorang jurutera, Muhammad Daud Mohd Izman, 39, berkata Iftar@KL merupakan acara tahunan yang digemarinya kerana menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.
"Saya sertai Iftar@KL pada setiap kali penganjurannya kerana program ini luar biasa. Bukan setiap hari kita tengok orang ramai berkumpul macam ini untuk berbuka puasa, pada bulan Ramadan sahaja," katanya.
Suri rumah Baizura Bakri, 50, juga teruja dapat berbuka puasa bersama keluarga di Iftar@KL selepas selesai membeli kelengkapan hari raya di pusat beli-belah berdekatan.
Iftar@KL yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pelancongan Islam dan Persatuan Seni Budaya Putra, menyediakan 35 talam juadah berbuka puasa untuk pengunjung.
Sejak diperkenalkan pada 2012, Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac serta 6 April dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Orang ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mengambil peluang pada cuti hujung minggu untuk menyertai program Iftar@KL 2024 di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, 6 April. --fotoBERNAMA
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Niaga AWANI: Rakyat Malaysia bimbang penipuan berkaitan pembayaran - Fico
Perlindungan penipuan dilihat cukup penting, dengan kemudahan penggunaan dan perlindungan yang baik menjadi pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Iftar@KL kembali meriahkan Dataran Merdeka
Kira-kira 3,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang tanpa mengira agama memenuhi Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.